Wednesday, October 4, 2017

Penapis Buah pinggang bocor. Selain BIOPSI ada ikhtiar cara alami.

Penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome ialah sejenis penyakit merosakkan buah pinggang. Penyakit ini menyebabkan badan kita mengeluarkan terlalu banyak protien di dalam air kencing.
Di dalam buah pinggang, terdapat penapis halus yang dipanggil ‘Glomeruli’. Glomeruli berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing. Kerosakan glomeruli akan menyebabkan badan kita kehilangan banyak protien.
Protein amat penting di dalam badan manusia kerana 25% daripada badan kita terdiri daripada protein. Protein amat penting dalam membina sel sel baru, menggantikan tisu tisu badan yang rosak dan membaiki tisu tisu yang cedera.
Punca sebenar berlakunya Penapis Buah Pinggang Bocor tidak dapat dikenal pasti namun terdapat beberapa faktor berisiko yang boleh menyebabkan penapis buah pinggang bocor seperti:
  1.  Jangkitan kuman di dalam darah seperti sifilis.
  2. Penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
  3. Penyakit darah sejak lahir seperti Sickle Cell Disease.
  4. Kencing Manis (Diabetes).
  5. Kehadiran protein pada organ – Amyloidoisis.
  6. Pengambilan ubat ubatan melawan penyakit.
  7. HIV.
  8. Hepatitis B.
  9. Hepatitis C.
  10. Malaria.

Komplikasi Akibat Penapis Buah Pinggang Bocor

  1. Kekurangan Nutrisi dan tumbesaran terbantut.
    • Kanak kanak yang mengalami masalah ini akan mengalami masalah tumbesaran di samping kekurangan berat badan. Namun, ia akan dikelirukan dengan pembengkakkan pada tubuh (edema).
  2. Antibodi lemah.
    • Pesakit mudah diserang penyakit atau virus dan boleh membawa maut.
  3. Darah Beku.
    • Kegagalan glomeruli untuk menapis protein dengan baik boleh menyebabkan darah membeku. Protein diperlukan untuk menghalang darah daripada membeku di dalam salur darah.
  4. Risiko jangkitan paru paru.
    • Air yang terkumpul di selaput paru paru dan tisu badan boleh menjadi tempat jangkitan kuman.
  5. Tekanan darah tinggi.
    • Ia berlaku akibat kerosakan gromeruli dan penimbunan bahan buangan di dalam salur darah.
  6. Kolestrol dan Triglycerides di dalam darah meningkat.
    • Apabila protien di dalam badan berkurang secara mendadak, hati akan menghasilkan lebih banyak albumin. Pada masa yang sama, hati akan melepaskan lebih banyak kolestrol dan Triglycerides.
  7. Kegagalan buah pinggang.
    • Penapis buah pinggang bocor akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dan jika dibiarkan lama, dialisis perlu dijalankan.
Simptom atau Gejala yang dialami oleh pesakit Penapis Buah Pinggang
  • Kencing berbuih.
  • Berasa lemah dan tidak bermaya.
  • Kaki bengkak.
  • Mata dan muka bengkak ketika bangun tidur.
  • Kembung.
  • Sakit perut.
  • Cirit birit. 
Rawatan Bagi Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor ( Nephrotic Syndrome)

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit penapis buah pinggang bocor.
  1. Ubat Steriod.
    • Ia akan diberikan mengikut berat badan sehingga tidak ada lagi protein di dalam air kencing.
  2. Ubat kencing.
    • Ia akan diberikan sekiranya badan mengalami bengkak air.
  3. Protein albumin akan diberikan sekiranya perlu.
    • Sekiranya darah di dalam salur darah membeku, protein albumin akan diberikan untuk mengelakkan sawan.
  4. Antibiotik.
    • Ia akan diberikan sekiranya terdapat jangkitan kuman.
  5. Jaga pemakanan.
    • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian untuk mengelakkan edema yang teruk.
  6. Jaga pengambilan kalori dan protien.
    • Amalkan diet rendah protein untuk mengurangkan protein di dalam badan.
Kisah Benar!

Rawatan Alternatif Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor.


Pengambilan Suplemen Untuk Membantu Menyelesaikan Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor

Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang membantu mengatasi masalah penapis buah pinggang bocor. Di antaranya ialah:
  1. VIVIX
    • Membantu memperbaiki DNA tubuh yang rosak. Memperbaiki tenaga sel untuk pertumbuhan sel yang baru serta menguatkan sel tubuh.
  2. OMEGAGUARD
    • Membantu mengurangkan keradangan dan mencairkan darah untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah penapis buah pinggang bocor.
  3. ESP @ MEALSHAKE
    • Membekalkan protein baik yang diperlukan badan.

buah pinggang bocor
Setiap penyakit yang datang InsyaAllah ada penawarnya. Dengan izin Allah, setiap sakit itu akan diberi nikmat kesembuhan sekiranya kita berusaha untuk merawat.
Kalau anda pun nak cuba ikhtiar dengan vivix shaklee ni boleh hubungi saya di 0126088399 atau jika anda nak shoping terus secara online boleh ORDER DISINI 

Salam ceria,
Aniszzddin

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment