Monday, October 2, 2017

Bahaya air ketuban kurang dan tips banyakkan air ketuban

Air ketuban kurang atau oligohydramnion bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh ibu hamil. Air ketuban kurang boleh menyebabkan bayi dalam kandungan lemas dan paling menakutkan boleh membawa maut. Oleh itu ibu-ibu jangan ambil mudah tentang perkara ini dan perlu sentiasa ALERT! 

TANDA-TANDA AIR KETUBAN BERKURANG

1-Pergerakan bayi berkurang
Apabila usia kandungan memasuki 4 bulan ibu akan mula merasai pergerakan bayi. Ketika ini ibu disarankan untuk mencatat pergerakan bayi. Jika anda perasan yang bayi kurang bergerak cuba tepuk perut dengan perlahan untuk kejutkan bayi. Boleh juga pasangkan music pada perut agar bayi memberi respond jika masih tiada respond segera ke klinik terdekat untuk pemeriksaan.

2-Seluar dalam basah
Air ketuban kurang adakalanya berpunca dari air ketuban bocor awal sebelum bersalin. Air ketuban bocor ni bukan keluar mencurah macam paip bocor tu. Ia keluar sedikit-sedikit macam paip bocor tu. oleh itu ibu kena alert kalau seluar dalam basah. 

3-Perut nampak lebih kecil dari biasa
Perut kita biasanya besar tapi tiba-tiba perut nampak lebih kecil dari biasa. Ini juga tanda-tanda air ketuban kurang. Perut kita nampak kecil sebab air ketuban makin sikit dan tak cukup untuk bayi. so ibu please monitor saiz perut ye!

4-Sakit bawah perut bila berjalan
Bila kandungan besar kita akan rasa tidak selesa bila berjalan. Tapi, kalau rasa sakit bila berjalan ia salah satu tanda air ketuban kurang. Ibu-ibu kalau ada terasa sakit yang luar biasa bawah perut bila berjalan cepat-cepat ke klinik ye.

5-Selalu rasa penat & Penat Melampau
Perkara biasa jika kita rasa penat ketikan hamil. Tapi penat yang saya maksudkan ialah penat yang melampau sampaikan kita susah nak bangun atau rasa struggle sangat walaupun nak bangun pagi walhal semalamnya dah cukup rehat.

6- Uri lekang
Uri lekang bermaksud uri tidak melekat pada dinding rahim. Jika doktor dapat mengesan yang uri anda lekang kena sentiasa monitor air ketuban agar ia tak kering.

Kalau air ketuban kurang apa nak buat???

Masa mengandungkan anak saya yang kitiga saya mengalami keracunan makanan. Memang asyik muntah dan cirit sepanjang malam. keesokan harinya bila pergi ke klinik kesihatan doktor mendapati paras air ketuban saya kurang. Agaknya saya tak makan dan minum lepas tu pulak asyik cirit-cirit jer baby pun tak kencing agaknya sebab tu air ketuban kurang. Biasanya doktor pakar akan monitor bacaan air ketuban ni dan jika bacaannya 6 atau kurang doktor akan induce (paksa bersalin). Saya hampir diinduce tau :(

Memandangkan tiada rawatan untuk kes air ketuban kurang ni saya hanya mengamalkan beberapa petua. 

1-Minum air kelapa
Petua ni dari mak saya. Ia nya petua dari orang tua-tua. Air kelapa kan memang banyak khasiatnya. Rasa pun sedap dan menyegarkan. So minumlah banyak-banyak ye.

2-Minum air tembikai
Air tembikai pun boleh banyakkan air ketuban. Ibu bolehlah minum banyak-banyak ye.

3-ESP
ESP ni protein. ESP bantu kuatkan rahim dan juga bekalkan protein kepada bayi dalam kandungan. Saya amalkan ESP ni sepanjang kehamilan tapi bila air ketuban kurang saya ambil extra dan alhamdulillah....air ketuban naik dan saya tak perlu di induce.

SET TAMBAH AIR KETUBAN

Jika ibu-ibu mengalami air ketuban kurang. Jangan down sangat. Elakkan stress melampau. Dapatkan rehat yang banyak (BED REST) dan boleh amalkan petua yang saya kongsikan ni ye.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Untuk membuat pembelian ESP secara online klik sini.

Salam ceria,
Aniszzddin

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment