Wednesday, July 10, 2013

Vitamin E dan risiko kanser prostat - Vitamin E & selenium membantu!

Seperti juga wanita, kaum lelaki tidak terlepas dari masalah kesihatan seperti kanser prostat yang semakin tinggi bilangan penghidapnya. Seperti kanser lain, kanser prostat juga mengambil masa lama untuk 'membesar' dan pada peringkat awal biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah di peringkat serius. Punca terjadinya kanser prostat masih tidak diketahui, tetapi ia bermula dengan satu benjolan kecil pada kelenjar tanpa menunjukkan sebarang gejala. Namun ada juga kes kanser prostat menunjukkan gejala seperti masalah prostatik hiperplasia benigna (BPH) iaitu ketumbuhan prostat bukan kanser yang menyebabkan kelenjar prostat membengkak dan pesakit sukar membuang air kecil. 


Selain itu, pesakit mungkin menghadapi masalah sentiasa terasa hendak kencing dan kerap buang air kecil. Bagaimanapun, gejala ini lazimnya hanya timbul selepas sel kanser membesar sehingga boleh menekan saluran uretra dan menyekat laluan air kencing. Pada peringkat serius, kanser prostat boleh menyebabkan kencing berdarah atau pesakit tidak boleh kencing langsung. Tetapi, bagi sesetengah kes, gejala hanya muncul apabila sel kanser merebak ke anggota badan lain seperti tulang (pinggul dan rusuk) dan buah pinggang. Sel kanser prostat ini juga boleh merebak ke otak (yang menyebabkan sawan, sakit kepala, letih dan masalah saraf lain), tulang belakang (mengakibatkan rasa sakit, kebas dan tidak dapat menahan kencing)




Bagi saya mencegah lebih baik dari mengubati. Berikut beberapa vitamin yang membantu untuk mencegah atau dijadikan alternatif untuk merawat kanser prostat. Antaranya ialah:

1- ESP ~ genistein didalam protein soya menghalang pembesaran prostat & kanser prostat.
2- Zink complex ~ mengurangkan saiz kalenjar & meringankan simptom BPH
3-Gla Complex - membantu mengelakkan bengkak & inflamasi prostat
4-Vitamin E - selenium dalam vitamin E membantu mencegah pembengkakan prostat
5-Omega guard - membantu merembeskan hormon prostaglandin


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya dianiszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment