Thursday, June 21, 2012

Ketahui gula tambahan dalam susu formula!

Haih runsing terus bila baca artikel pasal added sugar @ gula tambahan ni, walaupun A'isy fully bf tapi Auni dah minum susu tepung. Memang membimbangkan bila baca dengan lebih lanjut pasal gula tambahan ni, ye la kan gula yang berlebihan akan tinggalkan kesan buruk kepada anak2. sebelum tu jom kita pahamkan apa itu gula??? ( saya tahu korang sume tau rupa gula tu tapi ni lebih lanjut tentang gula).

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Gula ni terdapat dua jenis.

Pertama ialah gula semulajadi (natural sugar) yang diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan juga madu.

 Kedua ialah gula tambahan (added sugar) iaitu gula yang ditambah ke dalam makanan atau minuman sama ada semasa diproses, dimasak atau kita masukkan terus ke dalam makanan.

Gula tambahan ni juga berasal daripada sumber semulajadi sama ada daripada sumber tumbuhan atau haiwan.alau dalam makanan yang diproses oleh kilang – gula tambahan yang paling common dikenali sebagai Sucrose, Corn Syrups Solids dan Glucose Syrups Solids.

Macam mana nak tahu jumlah kandungan gula tambahan dalam makanan yang kita beli? Anda boleh check dekat label produk. Jika tiada yang disenaraikan di atas, ia juga mungkin dimasukkan dalam jumlah karbohidrat (level of carbohydrate). Lagi tinggi jumlah karbohidrat ni maknanya lagi tinggilah tahap gula yang ditambah dalam makanan tersebut.

Anak kita memang perlukan karbohidrat ni sebagai sumber tenaga. Bagi kanak-kanak atas 2 tahun, diet pemakanan seimbang harus merangkumi dalam 50% ke 60% kalori yang diperolehi daripada karbohidrat. Tetapi, sebagai Ibu Bapa kita haruslah pastikan karbohidrat ini daripada sumber yang sihat dan hadkan gula tambahan dalam diet mereka.

Kenapa kita kena hadkan pengambilan gula tambahan untuk anak kita? Gula tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan banyak kesan buruk. Antaranya ialah:

  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
  • Masalah kelakuan – panas baran dan hilang daya tumpuan.
  • Kencing manis (diabetis).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Sakit jantung dan juga stroke.

Kesan-kesan ni bukan pada kanak-kanak je tau. Orang tua pun sama je. Tapi yelah, gula ni kan penyedap makanan. Jangan kata kanak-kanak suka, orang tua lagi la suka. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2003, orang dewasa di Malaysia mengambil gula yang melebihi cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Panduan Diet Malaysia. Disebabkan itu, MOH telah melancarkan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010
Kempen ni mengharapkan kita mengurangkan pengambilan gula. Contohnya pengendali makanan diminta supaya menyediakan makanan dan minuman yang kurang gula kepada pelanggan. Tapi kena faham ye, kurangkan gula bukannya tak ambil gula langsung. Kita masih perlukan gula untuk bagi tenaga pada kita. 

Dah tau apa itu gula dan kesan pada anak kita. Mari kita tengok macam mana nak elak pengambilan gula tambahan berlebihan untuk anak kita? Ini tips yang Ibu daripada Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010. 
  • Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  • Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  • Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
  • Pilih produk makanan dan minuman tanpa gula tambahan (free added sugar)
Credit untuk babyibu sebab share pasal Kempen Kurangkan Pengambilan Gula.


Lepas baca ni silalah periksa tin susu anak2 ye para ibu. Tengok kandungan gula tambahan dalam susu tu. Saya nak cari lagi artikel berkenaan susu yang ada byk gula tambahan ni. InsyaAllah saya akan kongsikan disini. Bersama kita menjaga kesihatan kita sekeluarga. Kita kan ibu kenalah lindungi keluarga betul tak????

P/S: Patutlah A'isy taknak susu formula, rupanya banyak added sugar. Hehe bijak anak mama!

Salam ceria,
Aniszzddin

1 comment:

  1. Terima ksih. Artikel menarik.
    Munkin Boleh cuba susu suffy goat. susu tanpa gula.
    www.assalam.com.my/?page=susu_bayi_islamik

    ReplyDelete